Membina Batu Asas Kelestarian Organisasi dan Keluarga Melalui Pengumpulan Dana
Endowmen, Wakaf, Derma dan Zakat
Tentang Kami
Siapakah Endowaqfi Builder?
- EndoWaqfi ialah sebuah social enterprise yang lahir bagi menyelesaikan beberapa masalah utama yang dihadapi oleh pemegang taruh kami iaitu;

Pengumpulan Dana Strategik
Kaedah pengumpulan, pengurusan dan pengagihan dana awam yang proaktif, strategik dan berimpak yang berasaskan pematuhan Undang-Undang sedia ada.

Pembangunan Organisasi & Keluarga
Membina kelestarian organisasi dan institusi kekeluargaan bagi organisasi yang menghadapi masalah pendanaan disebabkan pemotongan atau kekangan bajet seperti agensi Kerajaan dan Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan.

Pembangunan Kapasiti
Pembangunan kapasiti secara tersusun lagi berkesan dalam membina keupayaan pendanaan proaktif buat organisasi dan institusi kekeluargaan seperti agensi Kerajaan dan Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan.
Perkhidmatan Kami
Capacity Building untuk impak berkekalan
Bimbingan dan Pementoran
Bagi membina keupayaan pengumpulan dana dalam masa singkat, kami tahu pelatihan Sahaja tidak mencukupi. Kerana itulah, kami turut menyediakan sokongan bimbingan dan pementoran kepada semua lapisan kakitangan organisasi anda bagi membina kesiapsagaan pasukan anda untuk mengumpul dana secara proaktif.
Pelatihanan secara in-house
Kami percaya bagi membina keupayaan sesebuah organisasi untuk mengumpul dana, keseluruhan pasukan perlu memahami peranan masing-masing. Justeru, pelatihanan yang kami sediakan akan direka bentuk khusus mengikut latar belakang dan fungsi organisasi anda seterusnya diajar kepada seluruh pasukan anda.
Khidmat Nasihat Konsultasi
Kami berpengalaman dalam pembangunan organisasi, khususnya bagaimana mengeluarkan organisasi anda daripada masalah pendanaan. Khidmat nasihat yang kami tawarkan termasuklah diagnosis keadaan semasa keupayaan pengumpulan dana organisasi anda, menawarkan penyelesaian berstruktur yang terbukti untuk membina keupayaan pengumpulan dana organisasi anda dan merangka penyelesaian khusus yang strategik hanya untuk organisasi anda.
- Pengumpulan Dana & Pematuhan untuk NGO dan Agensi Kerajaan
- Pelanggaran & Ketidakpatuhan dalam hal pengecualian cukai dibawah seksyen LHDN Akta 1967 dan Akta AMLA 2001
- Menghidupkan semula yayasan kebajikan yang tidak produktif
- Menubuhkan amanah keluarga yang mampan melalui Wakaf & Endowmen
Program Latihan Mengikut Zon
Sertai Program Latihan Kami Hari Ini
Program Latihan
Sertai Program Latihan Kami Hari Ini
Perkhidmatan Istimewa EndoWaqfi Builder:
Menghidupkan semula Yayasan yang Tidur

Jika anda tahu kekuatan sebenar sebuah Yayasan, anda akan faham kenapa para usahawan yang berjaya turut mempunyai Yayasan mereka sendiri. Bahkan anda sendiri mahu menubuhkan sebuah Yayasan sendiri buat institusi kekeluargaan anda!

Kami juga menawarkan perkhidmatan yang sangat khusus bagi pihak-pihak yang mempunyai Yayasan tetapi tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan sepenuhnya Yayasan mereka.

Melalui pengalaman dalam dan luar negara kami dalam menghidupkan semula Yayasan yang ‘tidur’, kami mampu menghidupkan semula dan membina Yayasan anda bagi mencapai kekuatan potensi sebenar!
Apa Kata Mereka?
Testimoni Pelanggan
Bina Kelestarian Kewangan Bersama EndoWaqfi Builders
- Sama ada anda NGO, agensi kerajaan, institusi pendidikan atau keluarga, kami sedia membantu membina keupayaan organisasi anda untuk mengumpul, mengurus dan mengagih dana secara strategik melalui instrument Endowmen, Wakaf dan Sumbangan secara patuh syariah, mampan dan berimpak jangka panjang.