Transforming Spenders
into Fundraising Leaders
ANDAI KATA ANDA MENINGGAL HARI NI..
ADAKAH ANAK ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK BERDIKARI?
APAKAH YANG TELAH ANDA LAKUKAN..
UNTUK MEMPERSIAPKAN ANAK ANDA DARI SEKARANG?
Dilemma Ibubapa
"Dari Sekolah Rendah sehingga ke Universiti, tiada silibus yang mempersiapkan anak-anak kita dengan keupayaan mobilisasi sumber dan kemahiran mencari dana. Betul atau tidak?"
Sistem Pembelanja (Spenders) πΈ
Tahukah anda, sistem pendidikan kita mempersiapkan anak-anak kita untuk menjadi pembelanja (spenders)? Sistem pendidikan di Malaysia pada peringkat sekolah secara umumnya memberi penekanan yang tinggi kepada pencapaian akademik, penguasaan kurikulum dan kejayaan dalam peperiksaan.
Kemahiran Yang Hilang π§©
Walaupun pendekatan ini berjaya melahirkan pelajar yang berpengetahuan, satu kemahiran penting yang masih kurang diberi perhatian ialah keupayaan mobilisasi sumber atau kemahiran mencari dana. Akibatnya, ramai graduan memasuki alam pekerjaan kurang pendedahan tentang bagaimana mendapatkan sumber untuk melaksanakan idea atau projek.
Penyelesaian π‘
Keupayaan mencari dana dan mobilisasi sumber merupakan satu kemahiran strategik. Sekiranya kemahiran ini diperkenalkan lebih awal, ia berpotensi melahirkan generasi yang lebih proaktif, inovatif dan mampu menjadi aset berharga!
Ianya ramuan rahsia yang memampu upayakan individu untuk mendaki herairki perjawatan dengan cepat dan secara terhormat.
Sekiranya kemahiran ini diperkenalkan lebih awal kepada anak-anak kita, ia berpotensi melahirkan generasi yang lebih proaktif, inovatif dan mampu menjadi aset berharga dalam mana-mana sektor pekerjaan serta pembangunan masyarakat.
Tentang Program
Ini
Program Fundraiser Muda merupakan sebuah program pembangunan kapasiti yang pada asalnya telah direka bentuk untuk membasmi kitaran kemiskinan generasi. Program ini telah dipilih dalam kalangan 20 Inovasi Sosial melalui program NGO@Makerthon pada tahun 2021 yang telah diiktiraf oleh dua buah Kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).
Menerima pengiktirafan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri MOSTI pada majlis perasmian penutup Program NGO@Makerthon.
Program Fundraiser Muda telah direka bentuk berdasarkan beberapa program pembangunan remaja dan kanak-kanak yang berjaya daripada Kanada (Ashoka Youth Venture), Timur Tengah (Young Community Leaders Program) dan Eropah (Growing Youth Work) yang seterusnya telah diasimilasikan kepada demografi dan budaya serantau melalui Program Anak Komuniti yang dipilih antara 20 Inovasi Sosial Program NGO@Makerthon.
Program Anak Komuniti telah dirintis oleh 6 orang remaja dari keluarga B40 yang tinggal di PPR Sena, Kangar Perlis sebagai usaha memutuskan kitaran generasi melalui program pemerkasaan remaja yang berasaskan kemahiran pengumpulan dana.
Struktur Program π & Pelaburan Anak Anda π
Fasa Pertama:
Diagnosis Identiti Profil Bakat
Setiap individu bertindak balas yang berbeza terhadap sebarang pembangunan kapasiti. Sesi ini mengenalpasti identiti sebenar anak anda yang akan dipetakan terhadap kemahiran pengumpulan dana yang paling sesuai.
Fasa Kedua:
Kemahiran Mobilisasi Sumber & Pengumpulan Dana
Fasa ini akan membina kemahiran pengumpulan dana yang direka khusus mengikut kekuatan anak anda. Kemahiran ini akan mampu digunakan sehingga ke alam kerjaya mereka kelak.
Fasa Ketiga:
Budaya Mobilisasi Sumber & Pengumpulan Dana
Anak anda akan dilatih untuk membina budaya pengumpulan dana sama ada terhadap keluarga, institusi pembelajaran, mahupun komuniti masyarakat setempat.
Fasa Keempat:
Impak Mobilisasi Sumber & Pengumpulan Dana
Anak anda diajar untuk mengukur impak daripada kemahiran yang dikuasai bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi pemegang taruh lain. Ini akan menjadi bukti kemandirian mereka.
Pencapaian Program
Inisiatif yang telah berjaya digerakkan oleh peserta kami.
Projek Perpustakaan Bergerak
Inisiatif menyelesaikan masalah akses kepada bahan bacaan di Kyrgyzstan.
Projek Menjahit Pakaian Seragam
Inisiatif menyelesaikan masalah kesukaran membeli pakaian seragam sekolah di Zanzibar.
Projek Pembuatan Sabun Pencuci
Inisiatif menyelesaikan masalah kesukaran membeli bahan pencuci di Tanzania.
Jadilah Rakan Penaja Strategik π€
Taja seorang peserta untuk menyertai Program Fundraiser Muda dan sumbangan anda akan diberikan pelepasan cukai melalui Yayasan Pembangunan Pelajar (YPP).
- π No Rujukan LHDN: LHDN.AG.600-12/1/4-6.6193
- βοΈ Potongan Dibawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967
- π Tempoh Kuat Kuasa: 1 Januari 2026 - 31 Disember 2035