Bengkel Asas Pengumpulan Dana
Latar Belakang Api
Endow Waqfi Builders
Bengkel Asas Pengumpulan Dana Untuk Bukan Pengumpul Dana

Mentransformasikan Pembelanja
menjadi Pengumpul Dana

“Transforming Spenders into Fundraisers”

Panduan Daripada Pengamal yang telah Terbukti untuk Bukan Pengamal

Penceramah Utama

Apakah persamaan MASALAH yang dihadapi oleh pihak berikut ⁉️

💔

Universiti Awam & Agensi Kerajaan

Berdepan dengan pemotongan bajet pengurusan dan perlu mula mencari dana sendiri untuk meneruskan operasi.

💔

Yayasan

Diberikan pelepasan cukai derma namun menghadapi masalah menggunakan kelebihan ini untuk mendapatkan dana.

💔

NGO (Badan Bukan Kerajaan)

Cuba menyelesaikan permasalahan sosial dan membantu masyarakat, namun menghadapi masalah mendapatkan pendanaan awam.

💔

Organisasi Zakat & Wakaf

Diberikan amanah untuk mengutip zakat atau wakaf namun kutipan tidak memberangsangkan.

💔

Madrasah

Menjalankan aktiviti pendidikan keagamaan namun menghadapi masalah untuk meneruskan operasi akibat kekurangan dana.

PERSAMAAN yang paling nyata antara kesemua pihak yang disebutkan ialah mereka semua menghadapi
MASALAH PENGUMPULAN DANA.

Lebih memeritkan, walaupun mereka tahu mereka menghadapi masalah pengumpulan dana, kesemua pihak ini tidak dapat mempelajari ilmu pengumpulan dana yang berkesan kerana TIADA program latihan yang ditawarkan dalam pasaran pada masa ini yang mampu mengajar kaedah pengumpulan dana yang paling berkesan berdasarkan pengalaman sebenar pengamal menggunakan instrumen DERMA, ENDOWMEN, ZAKAT, WAKAF mahupun sumbangan IN-KIND.

Bengkel Asas Pengumpulan Dana untuk Bukan Pengumpul Dana

Ialah sebuah program latihan selama 2 HARI yang menawarkan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi oleh kesemua organisasi di atas tetapi untuk tempoh TERHAD SAHAJA ‼️

7 Perkara Baharu yang Anda akan Pelajari

  • 01
    Audit Kesediaan

    Audit Kesediaan Pengumpulan Dana untuk organisasi anda.

    Anda akan melakukan sendiri audit kendiri untuk melihat sebesar manakah jurang yang perlu ditutup dan sejauh manakah kesediaan organisasi anda untuk mendapatkan dana secara proaktif. Anda akan temui audit ini hanya dalam bengkel ini!

  • 02
    Sebab Gagal

    Mengapakah aktiviti pengumpulan dana anda gagal?

    Anda akan merenungi kegagalan dan kesusahan mendapatkan dana. Anda akan menyedari kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan walaupun pelbagai usaha dan platform telah digunakan bagi mendapatkan dana.

  • 03
    Proses Dana

    Proses pengumpulan dana yang organisasi anda tidak miliki.

    Anda akan memahami bahawa pengumpulan dana itu mempunyai prosesnya tersendiri. Pengumpulan dana anda gagal memberi sebarang pulangan kerana organisasi anda tidak mempunyai proses pengumpulan dana yang sepenuhnya. Tertinggal satu proses sahaja akan menyebabkan sukar untuk anda mendapatkan dana dengan pantas dan dalam jumlah yang besar.

  • 04
    Instrumen Dana

    Instrumen pengumpulan dana yang tidak dimanfaatkan.

    Banyak organisasi mempunyai kelebihan pelepasan cukai atau memiliki Yayasan yang sah tetapi tidak tahu untuk memanfaatkan kelebihan ini. Pelajari instrumen pengumpulan dana yang lain yang perlu anda miliki untuk meningkatkan pengumpulan dana secara signifikan.

  • 05
    Kitaran Dana

    Kitaran pengumpulan dana tahunan yang anda terlepas.

    Anda akan mempelajari bahawa pengumpulan dana juga mempunyai takwimnya tersendiri dalam satu kalendar tahunan. Anda akan menyedari bahawa sebenarnya inisiatif anda tidak disambut oleh penyumbang kerana anda terlepas tarikh-tarikh penting dalam kalendar agihan dana oleh penyumbang.

  • 06
    Projek Impak

    Mengapakah pengurusan projek berasaskan impak menarik minat penderma?

    Banyak organisasi melaporkan agihan dana sebagai impak, yang menjadi indikasi ketidakcekapan membezakan output dan impak. Melalui bengkel ini, anda akan mempelajari kaedah mudah mereka bentuk pengurusan projek sosial yang impaknya mampu diukur dan dihargai penyumbang.

  • 07
    Pasukan Proaktif

    Membina pasukan dan budaya pengumpulan dana yang proaktif.

    Bagi mendapatkan dana secara proaktif, budaya dan pembinaan pasukan yang tepat adalah amat penting. Anda akan mempelajari rahsia membina pasukan dan budaya pengumpulan dana tanpa memerlukan pasukan dan pelaburan yang besar melalui kaedah perekrutan khusus.

Siapa Perlu Sertai Bengkel ini?

Direka khas untuk para Pemimpin, Pengurusan Tertinggi, dan Pasukan Operasi dari:

🏛️
Agensi Kerajaan & Badan Berkanun
🏫
Sekolah Kerajaan & IPTA
🤝
Yayasan dan NGO
🕌
Madrasah dan Masjid
📜
Majlis Agama Islam Negeri

Pelaburan Anda

RM 500.00 / sekepala

⚠️ Yuran ini TIDAK termasuk penginapan dan perjalanan ke tempat Latihan.

KATEGORI PENYERTAAN Logo Program Mobile