Talent Mapper | Pemetaan Bakat Masa Hadapan
Abstract Data Space
Talent Mapper Emblem Talent Mapper
SYS.WARNING // CONFLICT DETECTED

Pertembungan Hebat Antara Dua Kehendak Laluan Kerjaya Untuk Anak Anda?

Pemetaan Bakat Masa Hadapan. Mengenalpasti potensi diri anak anda seawal mungkin untuk mengelakkan konflik dan menavigasi ekonomi masa depan dengan tepat.

01

Dilema Ibu Bapa

Setiap ibu bapa ingin membina masa depan yang terbaik buat anak-anak mereka. Namun, tanpa disedari, apabila ibu bapa memaksa pilihan laluan kerjaya terhadap anak mereka tanpa kerelaan, ia mewujudkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

DATA CAPTURE // JOBLIST.COM

  • 40% Responden merasa tertekan untuk mengikut nasihat kerjaya ibu bapa.
  • 48% Merasakan ibu bapa mempunyai pengaruh besar dalam menentukan laluan kerjaya.

Gangguan ini dikaitkan secara positif dengan peningkatan risiko burnout sekolah dan simptom kemurungan remaja, meretakkan hubungan dua hala.

Kesan Paksaan Kerjaya

Penarikan Diri Emosi

Anak-anak merasa tidak didengari atau tidak dihargai, menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada ibu bapa.

Konflik Berterusan

Perbezaan antara "harapan" ibu bapa dan "minat" anak mencipta ketegangan berpanjangan dalam interaksi harian.

Hilang Keyakinan Diri

Menurunkan efikasi kendiri (self-efficacy). Anak sentiasa menyalahkan diri sendiri atau ibu bapa jika berlaku kegagalan.

Technology Analysis
SYSTEM.SOLUTION

Apa itu Pemetaan Bakat?

Proses sistematik untuk mengenal pasti kekuatan semula jadi, minat, personaliti, dan potensi intelektual seseorang anak sejak awal lagi.

Ia merangkumi analisis menyeluruh tentang bagaimana kecenderungan anak anda beroperasi, membuat keputusan, menghadapi tekanan, dan apa yang mereka mampu lakukan dengan cemerlang.

Kenapa Ia Penting?

1. Kurang 'Trial & Error'

Elak tersilap kursus. Pastikan pelaburan wang ringgit dan masa disalurkan ke bidang sejajar DNA potensi anak.

2. Bina Keyakinan Diri

Bila tahu kekuatan (cth: logik matematik tapi kurang komunikasi lisan), mereka fokus mengasah kekuatan jadi pakar.

3. Elak 'Burnout'

Ramai tertekan kerja bidang tak sesuai personaliti. Pemetaan bantu pilih kerjaya beri kepuasan dalaman.

4. Kerjasama Objektif

Perbincangan berasaskan "data" laporan, bukan paksaan impian ibu bapa. Keputusan berasaskan bukti potensi sebenar.

5. Ekonomi Masa Depan

Kenal pasti "kemahiran boleh pindah" (transferable skills) untuk menyesuaikan diri walau industri berubah.

// TIMELINE.PHASES

3 Keadaan Perlunya Talent Mapper

1. Pemilihan Aliran Persekolahan

MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 3)

Pintu masuk pertama. Memilih antara Sains, Sastera, Teknikal, Kesenian. Elak terperangkap aliran dibenci kerana trend/gred.

2. Memilih Kursus Pengajian Tinggi

LEPASAN SPM / STPM

Fasa pelaburan besar. Membezakan antara hobi (suka waktu lapang) dan kerjaya (sanggup kerja sbg profesional).

3. Perancangan Penempatan

LEPASAN GRADUAN

Mencari ceruk (niche). Cth: Graduan Kejuruteraan tapi bakat di Pengurusan/Jualan Teknologi.

02

4 Pendekatan Operasi

01

Menyusuri Fitrah Diri

Melalui graf kehidupan, kenalpasti potensi diri yang telah wujud semasa zaman kanak-kanak. Membantu triangulasi pemetaan bakat.

02

Penilaian Kendiri

Siri ujian kendiri yang diasimilasikan mengikut demografi Malaysia untuk melihat corak kekuatan konsisten.

03

Gamifikasi Verifikasi

Sesi gamifikasi yang disusun khas bagi mengesahkan hasil ujian kendiri dalam penentuan pemetaan bakat.

04

Dapatan Kepada Ibubapa

Sesi perkongsian hasil supaya ibubapa dapat menyokong potensi anak melangkah ke alam dewasa/kerjaya.

Kredibiliti Program

Program pembangunan kapasiti asalnya direka untuk membasmi kemiskinan generasi. Diiktiraf dalam Top 20 Inovasi Sosial.

KUSKOP MOSTI NGO@Makerthon 2021

Diadaptasi Dari Rangka Kerja Global:

  • Kanada Ashoka Youth Venture
  • Timur Tengah Young Community Leaders
  • Eropah Growing Youth Work

Pelaburan Untuk Anak Anda

Program 1 Hari | Laporan Lengkap Individu

Yuran Pendaftaran
RM 700
Seorang Peserta

Laporan Pemetaan Merangkumi:

  • Cadangan kerjaya sesuai.
  • Cara capai laluan kerjaya.
  • Sistem sokongan diperlukan.
  • Pendekatan pembelajaran.
  • Mekanisma atasi tekanan.
  • Panduan untuk ibu bapa.

Pelepasan Cukai (LHDN)

Taja peserta menyertai program ini bagi mendapatkan pelepasan cukai melalui Yayasan Pembangunan Pelajar (YPP).

Ruj LHDN: LHDN.AG.600-12/1/4-6.6193 | Akta: Subseksyen 44 (6) Akta Cukai 1967 | Sah: 1 Jan 2026 - 31 Dis 2035

Tempat Adalah Terhad!

011-5867 6468

Hubungi Talian Kami Sekarang